tangga batu
Saturday, 5 January 2013
Wednesday, 26 December 2012
sinopsis
saja nak try buat sinopsis..
cerita ni aku bagi tajuk sebalik Rania..
cerita ni aku bagi tajuk sebalik Rania..
Rania gadis kampung yang baru melanjutkan pelajaran ke
sebuah institusi pengajian awam tempatan. Rania yang dulunya seorang gadis yang
periang telah berubah sikap semenjak melanjutkan pelajaran.
Misteri bermula apabila Rania kerapkali bercakap seorang
diri dan menangis saban malam. Sikap Rania yang pelik itu mengundang rasa
kurang senang rakan sebiliknya, Sarah. Sarah seringkali bercerita mengenai
sikap Rania kepada kawan baiknya, Zatul.
Pada satu malam, Sarah bercerita mengenai kejadian Rania
yang terjaga pada tengah malam. Sarah yang mengintai disebalik selimut melihat
Rania yang menangis dan bercakap dalam bahasa yang tidak difahaminya. Dalam perjalanan pulang ke bilik, Sarah
terserempak Rania.
Setibanya di bilik, Sarah melihat Rania sedang tidur. Rasa hairan
menyelubungi Sarah.
Di kampus, seorang pelajar lelaki bernama Adam sudah lama
memerhatikan Rania. Adam cuba mendekati Rania. Namun, Rania dengan
terang-terangan menolak Adam mentah-mentah. Namun itu tidak sedikit pun membantutkan
perasaan Adam kepada Rania.
Rania yang dalam perjalanan ke kelas melalui sebuah
bangunan. Rania menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Dalam perjalanan, Rania
terdengar suara orang tua yang memanggil dirinya berselang seli dengan suara
kanak-kanak yang meminta tolong. Rania yang takut terus berlari ke kelas. Di dalam
kelas, Rania asyik terfikir perkara yang menggangu dirinya. Rania lantas terimbau
kisah hidupnya setahun yang lalu.
(Bayangan Rania) Kisahnya bermula kira-kira setahun yang
lalu. Rania yang merupakan gadis kampung yang serba kekurangan bekerja di bandar
setelah tamat sekolah. Rania mempunyai rupa paras yang sungguh jelita. Perkenalan
Rania dengan seorang pemuda di bandar bernama Kamal membuahkan bibit
percintaan. Kamal yang berjanji manis serta pujuk rayu akhirnya berjaya menodai
Rania.
Tiga bulan berlalu, Rania kini telah berbadan dua. Pada ketika
itu, hubungan dengan Kamal juga mulai goyah. Kamal juga semakin sukar untuk
dihubungi. Kamal yang berjumpanya buat kali terakhir meludah muka Rania dan
mengatakan tidak akan mengahwini Rania. Rania menangis sehingga melutut ke
kakinya. Kamal akhirnya meninggal Rania begitu sahaja.
Dek kerana hidupnya yang semakin sukar di Bandar tanpa Kamal,
Rania kembali ke kampung dan bekerja di pekan kampungnya sebagai kerani di
salah sebuah syarikat insurans.
Perasaan dendam kepada Kamal telah membuatkan Rania berjumpa
dengan bomoh di salah sebuah kampong untuk menyihirkan Kamal. Rania ingin
membuat kamal sehingga mulutut semula ke kakinya seperti anjing.
Bomoh tersebut telah meminta Rania membawa Rania membawa
pasir yang dipijak anjing, minyak masak ikan, bulu kambing dan darah haid gadis
dara. Jika Rania tidak membawa cukup kepadanya, maka tidak bolehlah menyihirkan
Kamal.
Rania tersedar dari lamunan apabila rakan sekelasnya
menegurnya bahawa kelas telah habis.
Pada malam tersebut, Rania tidak dapat tidur dengan lena,
suara yang selalu menggangunya telah datang kepadanya. Dia didatangi oleh
seorang perempuan tua yang cuba mengikat perutnya dengan tali pusat bayi. Rania
kemudiannya dirasuk. Sarah yang begitu takut terus memanggil ustaz. Ustaz datang
bersama Adam untuk mengubati Rania. Ustaz tersebut bertanya sekiranya Rania ada
perkara yang dirahsiakan, namun Rania tidak memberitahu rahsianya.
Malam itu Rania tidak dapat tidur hingga ke pagi. Dia terbayangkan
kisahnya yang lalu. Fikirannya jadi buntu. Kenapa dirinya boleh jadi sehingga
begini. Rania mula teringat kembali kisah hidupnya.
(Bayangan Rania) Fikiran Rania melayang peristiwa selepas
balik dari rumah bomoh yang dia pergi untuk menyihir Kamal. Sekembalinya dia
dari rumah, ibunya sedang menghidangkan makan malam. Mereka sekeluarga duduk di
meja sambil berbual-bual. Ibunya juga memberitahu bahawa surat Rania diterima
masuk ke IPTA telah diterima.
Seminggu sudah berlalu selepas pertemuannya dengan bomoh
tersebut. Rania kini sudah 5 bulan mengandung. Namun Rania bijak menyembunyikan
dengan memakai pakaian yang longgar-longgar sahaja. Rania tidak dapat mencari
darah haid yang diminta oleh bomoh tersebut. Rania begitu hampa dengan keadaan
itu menangis setiap malam meratapi keperitan hidupnya dan dendam terhadap
Kamal.
Sedang dia menangis di dalam bilik, tiba-tiba ibu Rania
datang ke bilik mengetuk pintu. Ibunya meminta dia untuk mengurut kepala ibunya
yang selalu pening sejak kebelakangan ini. Sambil menonton televisyen dan
mengurut ibunya, berita di televisyen menyatakan Kamal telah mati akibat
terjatuh dari bangunan apartmennya. Rania begitu terkejut tetapi berasa gembira
akan berita tersebut.
Rania akhirnya tersedar dari lamunan ketika jamnya berbunyi
dan hari sudahpun siang.
Malam yang seterusnya, Rania dengan tiba-tiba menangis
dengan sayunya dan secara tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan cuba mencekik
Sarah. Sarah menolak Rania sekuat hati. Sarah terus sahaja menghubungi Adam. Sementara
itu, Rania sedang berdiri di beranda dalam keadaan seperti ditolak dan dicekik.
Rania hampir sahaja jatuh dari beranda. Namun, Rania diselamatkan oleh Adam dan
ustaz.
Ustaz tersebut meminta Adam dan Sarah keluar dari bilik.
Ustaz tersebut cuba mengubati Rania. Rania bergelut dengan ustaz tersebut. Ustaz
itu bertanya mengenai asal usul jin yang merasuk ke dalam badan Rania. Menurut jin
tersebut, dia adalah penjaga Rania. Ustaz itu meminta jin tersebut keluar dari
badan Rania, namun jin itu berdegil. Ustaz akhirnya mengeluarkan jin tersebut
daripada badan Rania.
Selepas Rania sedar, Ustaz tersebut meminta Rania untuk
pulang ke kampung untuk berehat. Ustaz tersebut meminta Rania untuk kembali ke
panggal jalan dan berdoa sebanyak mungkin.
Rania begitu kesal dengan segala yang berlaku. Rania mulai
insaf. Perubahan dari sikap Rania juga semakin ketara, dia kini tidak lagi meninggalkan
solat. Bibit-bibit percintaan juga mulai timbul antara Rania dan Adam.
Seminggu kemudian, Rania pulang ke kampung. Di kampung,
Rania duduk di beranda rumah. Rania teringat kembali ketika dia menggugurkan
bayinya.
(Bayangan Rania) Pada sebelah pagi, Rania telah pergi ke
sebuah klinik untuk membeli ubat untuk menggugurkan bayi. Pada sebelah petang
tersebut hujan turun dengan lebatnya, Rania berasa perutnya sangat sakit dengan
tiba-tiba, dia berlari masuk ke tandas yang berada di luar rumah. Tidak disangka
olehnya kandungannya akhirnya gugur. Dilihat janin itu masih bergerak. dalam
keadaan yang takut, dia terus berlari ke semak di belakang rumah, Rania
kemudian menggali dan menanam janin tersebut.
Rania tersentap dari lamunan apabila Rania terbau sesuatu
yang kurang enak. Rania secara senyap-senyap pergi ke dapur. Kelihatan ibunya
sedang memasak dan mulut terkumat kamit membaca sesuatu. Rania yang semakin
aneh melihat ibunya menunggu pada malam hari. Rania nekad untuk mengintip
ibunya.
Pada malam tersebut, Rania melihat ibunya di dalam bilik
sedang memuja sesuatu. Rania lantas terus masuk ke bilik ibunya dan bertanya
apa yang ibunya sedang lakukan. Akhirnya, ibunya mengaku bahawa ibunya
menghantar jin untuk menjadi pendamping Rania sebagai penjaga. Ibunya juga
mengetahui bahawa Rania telah menggugurkan kandungan dan telah membuat janin
tersebut sebagai alat pemujaan. Ibunya juga telah mengaku bahawa ibunya
menghantar jin kepada Kamal untuk menakutkan Kamal sehingga menyebabkan Kamal
jatuh dari bangunan. Menurut ibunya, dia berbuat begitu untuk memastikan Rania
selamat dan bahagia.
Rania menangis kerana tidak percaya semua itu. Ibunya juga
menangis kerana kekesalan.
Saturday, 22 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)